Ke mana destinasi Rahadiazli?
PENJAGA gol, Rahadiazli Rahalim masih belum menentukan kelab baharunya ketika memasuki hari kelima persiapan pra-musim 2024/25.
Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, sejak musim lalu lagi menuntut pemain kebangsaan itu agar mencari cabaran baru.
Begitupun, jodoh Rahadiazli di kelab Pantai Timur itu tidak panjang apabila Steinbruckner menuntut pemain tersebut menimba pengalaman lebih banyak ilmu menerusi minit permainan yang dia tidak mampu tunaikan.
"Dia perlu cari jalan penyelesaian.
"Dia perlu keluar untuk menjadi penjaga gol nombor satu.
"Dia perlu bermain dalam setiap perlawanan, bukan beberapa perlawanan sahaja seperti musim lalu," katanya.
Musim lalu, skuad Peteh sering mengetengahkan kudrat Suhaimi Husin di depan gawang.
Dalam masa sama, Terengganu memberi bayangan bahawa Rahadiazli mungkin dilepaskan, sementara Arif Fadzilah Abu Bakar dan Faiz Nasir dipinjamkan. - Stadium Astro
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!