Tiga premis kotor diarah tutup

DBKL memeriksa 58 premis dalam Operasi Sepadu Bersih di sekitar ibu negara.
DBKL memeriksa 58 premis dalam Operasi Sepadu Bersih di sekitar ibu negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan tiga arahan penutupan premis makanan serta 65 kompaun pelbagai kesalahan selepas memeriksa 58 premis dalam Operasi Sepadu Bersih di sekitar ibu negara.

Menurut DBKL dalam satu kenyataan, operasi dijalankan di sekitar Jalan Genting Klang di Parlimen Setiawangsa; Jalan Maktab di Parlimen Titiwangsa); Taman Mastiara di Parlimen Batu); KL East Mall di Parlimen Wangsa Maju; Taman Bukit Anggerik di Parlimen Bandar Tun Razak dan Jalan Rimbunan Raya 1 di Parlimen Kepong.

Tiga arahan penutupan premis makanan serta 65 kompaun pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam operasi kali ini.
Tiga arahan penutupan premis makanan serta 65 kompaun pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam operasi kali ini.

"Tiga premis dikenakan tindakan arahan penutupan di bawah UUK 28(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.

"Selain itu, sebanyak 65 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016, Undang-undang Kecil Pengendali Makanan 1979 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Pelbagai kesalahan bersabit aspek kebersihan, petugas serta persekitaran premis telah dikenakan tindakan.
Pelbagai kesalahan bersabit aspek kebersihan, petugas serta persekitaran premis telah dikenakan tindakan.

"Pelbagai kesalahan bersabit aspek kebersihan, petugas serta persekitaran premis telah dikenakan tindakan," kata kenyataan itu di laman Facebook DBKL, pada Selasa.

Dalam pada itu, DBKL turut memaklumkan akan meneruskan tindakan seumpama ini dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi kehendak kesihatan yang telah ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!