Tak perlu bincang, kaji Perkara 153 - Anwar
20 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 20 FEBRUARI 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan kukuh mempertahankan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.
Malah beliau menjelaskan, kerajaan tidak perlu menyemak Perkara 153 yang melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dilapor menggesa Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) meneliti sekiranya kedudukan istimewa bumiputera yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan benar-benar memberi manfaat kepada golongan itu.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #AnwarIbrahim #Perlembagaan #Perkara153