[VIDEO] Kod etika jadi panduan wartawan Malaysia

A
A
A

JAKARTA - Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu adalah satu perkara yang penting untuk dijadikan panduan kepada wartawan atau pengamal media dalam menjalankan tugas.

Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) Malaysia, Ashwad Ismail berkata, ia menandakan satu titik penting kepada semua wartawan kerana kod etika ini bukanlah satu perkara baharu di peringkat global.

"Tetapi untuk Malaysia, ia adalah sebagai 'refresher' untuk memperingatkan kita semula tentang kenapa perlunya kod etika wartawan ini.

"Ia ibarat 'living document' yang sentiasa hidup dan diperbaharui dari semasa ke semasa. Media ini tidak berdiri dengan sendirinya semata-mata, tetapi ia berkait rapat dengan teknologi.

"Kemajuan teknologi dan semua pengamal media, saya rasa itu merupakan satu perkara paling penting," katanya kepada media Malaysia semasa ditemui di sebuah hotel di sini, pada Selasa.

Ashwad menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Iswami bersama Duta Besar Malaysia di Indonesia.
Ashwad menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Iswami bersama Duta Besar Malaysia di Indonesia.

Beliau bersama 15 delegasi Ketua Pengarang dan Pengarang Urusan syarikat media yang juga pemimpin tertinggi Iswami Malaysia berada di Jakarta bagi memenuhi undangan sempena sambutan Hari Pers Nasional 2024, yang akan dihadiri oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dan lebih 6,000 wartawan dari seluruh Indonesia.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu pada Selasa di Putrajaya.

Artikel Berkaitan:

Beliau pada masa sama, memberi jaminan kod etika itu tidak mengekang kebebasan media dalam pelaporan berita.

Sebaliknya menurut Fahmi, ia dibangunkan kerajaan bersama ahli akademik dan organisasi media serta mengikut keperluan semasa dan perkembangan teknologi.

Kod Etika Wartawan Malaysia telah wujud sejak tahun 1989.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!