Ugut bunuh Mujahid: Amanah Kuala Pilah lapor polis

Laporan polis dibuat oleh wakil Amanah Kuala Pilah semalam.
Laporan polis dibuat oleh wakil Amanah Kuala Pilah semalam.
A
A
A

KUALA PILAH - Parti Amanah Negara (Amanah) Kuala Pilah membuat laporan polis berhubung satu komen berunsur ugutan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di Balai Polis Melang di sini semalam.

Laporan polis yang dibuat oleh wakilnya, Naib Ketua 1 Amanah Kuala Pilah, Halid Bendut pada jam 6.03 petang itu turut diiringi oleh ahli Amanah.

Menurut Halid, beliau mengetahui mengenai hal tersebut melalui aplikasi WhatsApp kumpulan Amanah Kuala Pilah dan terbaca satu tangkap layar yang dikongsi mengandungi kenyataan pemilik akaun Facebook Azizie Razali yang tersebar sejak Isnin lalu.

"Pemilik akaun itu meninggalkan komen berunsur ugutan dan menghina menteri agama. Kenyataan ini boleh mengundang pelbagai reaksi negatif selain mengganggu ketenteraman awam maka tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tangkap layar komen unsur ugutan terhadap Mujahid.
Tangkap layar komen unsur ugutan terhadap Mujahid.

Terdahulu tangkap layar komen daripada akaun Facebook bernama Azizie Razali itu tular di laman sosial

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan tersebut.

"Kes sama turut dilaporkan dekat Johor sebelum ini dan ia akan dirujuk polis Johor untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!