Iran isytihar 3 Januari Hari Penentangan Antarabangsa

Penunjuk perasaan di Pakistan berkumpul di luar konsulat AS di Lahore bagi membantah kematian Soleimani. - Foto AFP
Penunjuk perasaan di Pakistan berkumpul di luar konsulat AS di Lahore bagi membantah kematian Soleimani. - Foto AFP
A
A
A

TEHERAN - Iran telah mengisytiharkan tarikh 3 Januari sebagai Hari Penentangan Antarabangsa, menurut laporan Tehran Times.

Menurut Pentagon, serangan udara yang menyebabkan kematian komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Leftenan Jeneral Qasem Soleimani pada tarikh tersebut adalah perintah daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Serangan sama turut mengorbankan timbalan komander anti pengganas Pasukan Mobilisasi Popular Iraq (PMF), Abu Mahdi al-Muhandis.

Soleimani diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai komander legenda dalam perjuangannya menentang kumpulan militan Daesh.

Pegawai di Teheran dan jeneral lain di dunia mengecam tindakan Trump membunuh Soleimani dan menyifatkan ia sebagai tindakan perang ke atas Iran.

Iran turut berikrar untuk membalas balik serangan AS atas kematian komandernya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!