Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-raja Ke-265
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke pra- Mesyuarat Majlis Raja-raja Ke-265 di Istana Negara, hari ini.
Menurut hantaran di Facebook rasmi, Mesyuarat Majlis Raja-Raja akan berlangsung selama dua hari bermula esok.
Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!