Lantik ADUN: Pemuda Amanah Pahang sambut baik

Pemuda Amanah Pahang menyambut baik pengumuman Wan Rosdy bagi melantik ADUN khususnya daripada parti tersebut dalam masa yang terdekat.
Pemuda Amanah Pahang menyambut baik pengumuman Wan Rosdy bagi melantik ADUN khususnya daripada parti tersebut dalam masa yang terdekat.
A
A
A

KUANTAN - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menyambut baik pengumuman Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagi melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) khususnya daripada parti tersebut dalam masa yang terdekat.

Ketua Pemuda, Wan Rahmat Wan Hashim berkata, pengumuman tersebut jelas menggambarkan bahawa kerjasama yang erat antara Barisan Nasional (BN) dan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir negeri itu dengan lebih stabil.

Menurutnya, ia juga mengukuhkan perpaduan kerajaan negeri selaras dengan Persekutuan.

"Amanah Pahang pasti dapat memainkan peranan yang lebih penting dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat serta menyumbang idea dan tenaga bagi pembangunan dan kemakmuran negeri Pahang melalui lantikan yang bakal dibuat.

"Pemuda Amanah Pahang mengucapkan selamat maju jaya kepada ADUN yang bakal dilantik sekali gus dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berdedikasi demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri Pahang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ujarnya, Pemuda Amanah Pahang akan terus bersama-sama membantu di lapangan bagi menzahirkan kesungguhan parti itu mengangkat isu-isu rakyat.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu Pemuda Amanah Pahang menyokong penuh kepimpinan Wan Rosdy dalam mentadbir kerajaan negeri.

"Semoga kesejahteraan dan kemakmuran yang kita nikmati hari ini terus berkekalan demi keharmonian, kedamaian dan kestabilan semua," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!