Tentera Taiwan enggan campur tangan insiden 'serbu' bot pelancong

Perairan sensitif dekat Pulau Kinmen yang terletak hampir dengan Xiamen, China. - Foto: AFP
Perairan sensitif dekat Pulau Kinmen yang terletak hampir dengan Xiamen, China. - Foto: AFP
A
A
A

TAIPEI - Tindakan pengawal pantai Beijing melakukan pemeriksaan mengejut ke atas bot pelancong Taiwan di perairan sensitif Kinmen selepas kematian dua warga China setelah menghampiri perairan sensitif itu pada minggu lalu.

Ketika insiden pada Isnin, seramai enam anggota pengawal pantai Beijing memeriksa pelan laluan, sijil dan lesen sebuah bot pelancong yang membawa 11 kru dan 23 penumpang yang terkandas selama lebih sejam.

“Perbuatan mereka jelas menyinggung perasaan rakyat kami dan turut mencetuskan panik. Ia adalah perkara biasa jika bot pelancong secara tidak sengaja memasuki perairan China.

“Operasi mereka tidak melanggar undang-undang sama sekali,” kata Ketua Majlis Hal Ehwal Laut Taiwan, Kuan Bi-ling pada Selasa.

Difahamkan, Pulau Kinmen yang menawarkan perjalanan bot singkat antara bandar Xiamen dan Quanxhou dikawal Taiwan sejak perang saudara China berakhir pada 1949.

Menteri Pertahanan Taiwan, Chiu Ko-cheng dalam satu kenyataan memaklumkan mereka cuba mengelakkan konflik yang lebih meruncing.

“Tentera tidak akan campur tangan. Hal itu akan dikendalikan secara aman,” ujarnya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!