Keputusan permohonan Sweden bagi keahlian NATO pada 26 Februari ini

Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban ketika menyampaikan ucapan tahunan 'State of the Nation' di Budapest. Foto Reuters
Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban ketika menyampaikan ucapan tahunan 'State of the Nation' di Budapest. Foto Reuters
A
A
A

BUDAPEST - Parlimen Hungary dijangka meratifikasi penyertaan Sweden ke dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Isnin depan setelah sekian lama tertangguh, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pemimpin parti pemerintah Fidesz, Máté Kocsis meminta Speaker Dewan mengemukakan usul berkenaan pada sidang pleno yang dijadual berlangsung 26 Feb.

Kocsis menyiarkan salinan permintaan itu di halaman Facebooknya pada Selasa.

Jawatankuasa Parlimen sebelum ini telah meluluskan usul Sweden menyertai NATO.

Hungary adalah satu-satunya negara anggota NATO yang belum meratifikasi penyertaan Sweden.

Budapest telah memberikan pelbagai alasan untuk kelewatan itu. Baru-baru ini, kerajaan populis sayap kanan Perdana Menteri, Viktor Orbán berkata pihaknya merasa "terhina" dengan kritikan dari Sweden mengenai kedaulatan undang-undang di Hungary.

Susulan operasi ketenteraan Rusia ke atas Ukraine, Sweden memohon keahlian NATO bersama Finland pada Mei 2022.

Finland dialu-alukan sebagai anggota ke-31 perikatan itu pada awal April tahun lalu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!