Jual benih padi pasaran gelap beri tekanan kepada petani

Mohamad Yusrizal (kanan) ketika dalam program Interviu bertajuk ‘Beras Madani jawab sengsara petani?’ yang bersiaran secara langsung menerusi platform digital Sinar Harian pada Selasa.
Mohamad Yusrizal (kanan) ketika dalam program Interviu bertajuk ‘Beras Madani jawab sengsara petani?’ yang bersiaran secara langsung menerusi platform digital Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Kegiatan penjualan benih padi tidak sah melalui pasaran gelap memberi tekanan kepada segelintir golongan petani sekali gus menyebabkan berlakunya kelompongan dalam ekosistem pengeluaran beras negara.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, hal itu berlaku apabila bekalan benih yang dijual dengan harga subsidi tidak mencukupi untuk golongan petani.

Menurutnya, pembelian melalui kegiatan tidak sah itu dilihat merugikan golongan petani kerana mereka terpaksa membayarnya dengan harga pasaran.

Mohamad Yusrizal
Mohamad Yusrizal

“Apabila Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), hendak mengalirkan air, petani perlu ada benih tetapi pada masa itu, pengilang cakap benih tidak sampai lagi kerana ada sekatan-sekatan dan alasan-alasan lain.

“Pada masa yang sama, pasaran gelap ada benih. Petani pula macam mana sekali pun terpaksa tanam benih, jadi mereka kena beli di pasaran gelap.

“Jadi ada permainan perniagaan di situ. Ini berlaku, kalau tanya petani-petani pun, mereka akan cakap perkara yang sama,” katanya ketika dalam program Interviu bertajuk ‘Beras Madani jawab sengsara petani?’ yang bersiaran secara langsung menerusi platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Selain itu, Mohamad Yusrizal berkata, kelompongan ekosistem juga turut berlaku melibatkan aktiviti tipu timbangan.

Artikel Berkaitan:

“Bila sampai musim mengambil padi, ada ejen yang mengambil (padi) dan mereka hantar ke kilang. Di sana, jumlah padi tersebut akan dipotong sebanyak 20 peratus, kita panggilnya sebagai padi basah.

“Lagi baki 80 peratus itu, kerap kali berlaku tipu timbangan. Ini antara contoh-contoh kelompongan yang ada,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai cadangan beras putih Malaysia Madani, Mohamad Yusrizal berkata, kenaikan harga siling beras putih tempatan bagi 10kg iaitu RM26, kepada RM30 dilihat memberi kesan kepada pengguna di negara ini.

Beliau berkata, pertambahan harga itu memberi beban kepada masyarakat terutamanya golongan B40 memandangkan mereka turut perlu memikirkan tanggungan lain seperti kos pengangkutan dan sewaan.

“Tujuan saya berkata begitu bukan untuk tidak menyokong (kenaikan harga) daripada RM26 kepada RM30 tetapi diadakan satu mekanisme untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan ini.

“Harga barang makin naik. Ini yang menjadi kesusahan kepada rakyat.

“Gaji minimum tidak naik, gaji di atas masih sama juga tetapi kos sara hidup makin lama, makin meningkat,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!