Jenazah Taib Mahmud dibawa ke Masjid Negara

Jenazah Taib Mahmud dibawa ke Masjid Negara untuk pengurusan sebelum dibawa balik ke Kuching, Sarawak, hari ini. Foto Bernama
Jenazah Taib Mahmud dibawa ke Masjid Negara untuk pengurusan sebelum dibawa balik ke Kuching, Sarawak, hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, 87, yang meninggal dunia awal pagi tadi di sebuah hospital swasta di sini, dibawa ke Masjid Negara untuk disolatkan.

Jenazah bekas Ketua Menteri Sarawak itu dibawa menggunakan kenderaan milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada jam 9.05 pagi.

Taib Mahmud meninggal dunia di hospital berkenaan pada jam 4.40 pagi tadi selepas kira-kira seminggu menerima rawatan di hospital berkenaan.

Jenazah Taib Mahmud dibawa ke Masjid Negara untuk pengurusan sebelum dibawa balik ke Kuching, Sarawak, hari ini. Foto Bernama
Jenazah Taib Mahmud dibawa ke Masjid Negara untuk pengurusan sebelum dibawa balik ke Kuching, Sarawak, hari ini. Foto Bernama

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Negara bagi tujuan pengurusan kematian sebelum dibawa ke Kuching untuk disemadikan.

Terdahulu, pekarangan hospital berkenaan mula dipenuhi dengan kunjungan ahli keluarga dan sahabat Allahyarham.

Antara yang berada di hospital adalah Timbalan Menteri Ekonomi yang juga anak perempuan Allahyarham Datuk Hanifah Hajar Taib dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!