Perut tertusuk besi ketika kutip kelapa sawit

Mangsa memegang besi yang digunakan untuk mengutip kelapa sawit.
Mangsa memegang besi yang digunakan untuk mengutip kelapa sawit.
A
A
A

SANDAKAN - Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini selepas perutnya tertusuk besi ketika sedang melakukan kerja mengutip buah kelapa sawit.

Mangsa berusia 21 tahun itu terpaksa dibantu oleh sepasukan bomba untuk mengeluarkan besi di bahagian perutnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak hospital pada jam 10.35 pagi.

Bomba memotong besi yang tertusuk di perut mangsa dengan menggunakan mesin pemotong.
Bomba memotong besi yang tertusuk di perut mangsa dengan menggunakan mesin pemotong.

"Pihak hospital memaklumkan seorang lelaki tertusuk besi alat mengutip kelapa sawit di bahagian perut ketika melakukan kerja mengutip buah sawit.

"Pasukan bomba bertindak memotong besi tersebut dengan menggunakan mesin pemotong jenis elektrik sebelum mangsa diserahkan semula kepada pihak hospital untuk rawatan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya lagi, operasi tersebut ditamatkan pada jam 11.07 pagi selepas memastikan keadaan selamat.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!