Suri rumah kumpul barangan, pakaian terpakai bantu golongan memerlukan

Nur Farhanna bersama mainan yang turut dihantar untuk diagihkan kepada orang ramai yang memerlukan.
Nur Farhanna bersama mainan yang turut dihantar untuk diagihkan kepada orang ramai yang memerlukan.
A
A
A

TEMERLOH - Minat dengan aktiviti kebajikan sejak remaja menyebabkan seorang suri rumah melakukan aktiviti mengumpul pakaian dan barangan terpakai untuk diagihkan kepada golongan memerlukan sejak enam tahun lalu.

Nur Farhanna Kamal, 29, dari Taman Tualang Indah, di sini memberitahu, selain pakaian, antara yang kerap diterima termasuk telekung, cadar, kasut, barangan bayi, mainan dan beg.

Menurutnya, sebelum diagihkan kepada mereka yang memerlukan, dia bersama ahli keluarga termasuk suaminya, Muhammad Afiezul Tajuddin, 32, membantu memeriksa dan mengasingkan barangan diterima.

Nur Farhanna turut membantu dengan melakukan penghantaran kepada mereka yang memerlukan.
Nur Farhanna turut membantu dengan melakukan penghantaran kepada mereka yang memerlukan.

"Setakat ini, mereka yang sedekah, menghantar barangan dan pakaian ke sini bukan sahaja dari Temerloh, malah dari luar seperti Bentong dan Bera.

"Setiap kali terima barangan ini, saya akan maklumkan dalam group sedekah di Facebook dan WhatsApp sebelum mereka sendiri datang ke rumah untuk memilih," katanya kepada Sinar Harian.

Ujarnya, setakat ini dia juga membuat penghantaran barangan dan pakaian terbabit seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Kalau pos, mereka hanya perlu membayar kos penghantaran dan khidmat runner.

Artikel Berkaitan:

"Contohnya, kalau di Sabah, permintaan tinggi terhadap telekung membabitkan golongan mualaf di negeri itu," jelas ibu kepada tiga cahaya mata berusia tujuh,lima dan setahun itu.

Antara orang ramai yang datang memilih pakaian yang diserahkan dan dihantar ke rumah Nur Farhanna.
Antara orang ramai yang datang memilih pakaian yang diserahkan dan dihantar ke rumah Nur Farhanna.

Tambahnya, selain diagihkan secara percuma, dia turut membantu mereka yang ingin menjual barangan terpakai.

Dalam pada itu, Nur Farhanna juga merancang untuk menyediakan kaunter khas supaya orang ramai yang datang lebih selesa untuk memilih barangan diperlukan.

Sementara itu, bagi Siti Amira Suraya Ahmad, 28, menyifatkan usaha itu banyak membantu dan meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

Seperti dirinya, dia bukan sahaja mengambil barangan atau pakaian untuk kegunaan keluarga malah turut mengagihkan kepada penduduk kampung yang memerlukan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!