Pilihan rakyat: GrabFood 5-Star Awards 2023 ketengahkan restoran kegemaran orang ramai

Restoran kegemaran tempatan Roast & Coffee membawa pulang anugerah berprestij, Best of the Best dalam GrabFood 5-Star Awards 2023, baru-baru ini.
Restoran kegemaran tempatan Roast & Coffee membawa pulang anugerah berprestij, Best of the Best dalam GrabFood 5-Star Awards 2023, baru-baru ini.
A
A
A

PETALING JAYA - GrabFood Malaysia meraikan 66 daripada ribuan restoran di platform penghantaran makanan dalam GrabFood 5-Star Awards 2023, baru-baru ini.

Restoran yang memenangi pelbagai kategori seperti Best Malaysian Food, Budget- Friendly Favourite dan The Rising Star diiktiraf berdasarkan ulasan dan penilaian jutaan penggemar makanan.

Restoran kegemaran tempatan, Village Park Restaurant dan Roast & Coffee membawa pulang anugerah berprestij, Best of the Best, yang dianugerahkan kepada restoran tersebut kerana sentiasa menerima tempahan terbanyak, penarafan teratas dan ulasan positif oleh pelanggan mereka.

Village Park Restaurant turut dipilih sebagai pemenang Best of the Best.
Village Park Restaurant turut dipilih sebagai pemenang Best of the Best.

Menurut Pengarah Komersial dan Penghantaran Grab Malaysia, Jiong Jian Tan, peranan Grab dalam pengalaman makanan harian pengguna Malaysia tidak terbatas sekadar platform penghantaran makanan sahaja.

“Kami memudahkan pencarian pelbagai restoran dan kedai runcit baharu, menyediakan ulasan untuk membantu pilihan mereka dan berusaha untuk menambah nilai dalam hidangan mereka.

“Matlamat kami adalah untuk menjadi platform pilihan untuk penggemar makanan di Malaysia seperti menyediakan kemudahan untuk pilihan penghantaran dan makan di kedai serta menggalakkan pengguna untuk berinteraksi dengan restoran kegemaran mereka.

Artikel Berkaitan:

“Ditambah dengan inovasi platform peniaga kami, Grab Malaysia kekal komited untuk menggalakkan permintaan dan memperluaskan lagi peluang untuk rakan niaga kami mengembangkan perniagaan mereka. GrabFood 5-Star Awards 2023 sememangnya mencerminkan dedikasi dan usaha berterusan kami untuk membantu rakan niaga kami yang dihargai," katanya.

Pemenang Budget Friendly Favourites, L-R: Curry Fun (Kuching), Meng Kitchen (Johor Bahru), Murni Discovery (Selangor), Nasi Ganja Yong Suan (Ipoh), Nasi Lemak Basmathi (KL), Planet Nasi Kukus (KL).
Pemenang Budget Friendly Favourites, L-R: Curry Fun (Kuching), Meng Kitchen (Johor Bahru), Murni Discovery (Selangor), Nasi Ganja Yong Suan (Ipoh), Nasi Lemak Basmathi (KL), Planet Nasi Kukus (KL).

Membantu rakan niaga mencapai yang terbaik melalui data, penilaian dan ulasan

Selain daripada penghantaran makan, GrabFood kini telah menjadi hab penerokaan restoran.

Berdasarkan laporan Trend Makanan dan Barangan Runcit 2023 Grab menunjukkan bahawa 91% pengguna Malaysia menggunakan aplikasi Grab untuk mencari restoran dan kedai baharu yang tidak pernah dicuba sebelum ini.

90% pengguna mengaku membaca ulasan dalam aplikasi Grab. Ini kerana penilaian dan ulasan pengguna meninggalkan kesan positif, dan memberi peluang pertumbuhan perniagaan rakan niaga Grab.

Ini membuktikan peranan GrabFood sebagai ekosistem yang dinamik, bukan sahaja platform penghantaran tetapi sebuah komuniti yang sentiasa berkembang untuk menggalakkan pencarian makanan dan pertumbuhan perniagaan.

No Image Caption

Aplikasi penghantaran makanan seperti GrabFood kini telah menjadi pilihan seisi keluarga dan kawan di Malaysia untuk mencari tempat makanan baharu, berbanding dengan platform sosial dan blog makanan yang popular.

Titik tolaknya, restoran dengan penilaian dan ulasan positif akan menjana lebih tempahan, membuktikan bahawa mereka telah mencapai kepercayaan para pelanggan akan kualiti makanan dan servis mereka.

Keupayaan rakan niaga Grab untuk memanfaatkan dengan cekap trend makanan terkini dalam laporan tersebut, sememangnya menyumbang kepada kejayaan pertumbuhan perniagaan mereka.

Komitmen Grab terhadap rakan niaganya juga terbukti melalui rangkaian peranti digital layan diri dalam aplikasi GrabMerchant, yang menunjukkan usaha penuh dedikasi untuk memperkasakan rakan niaga melalui inovasi.

*Laporan Trend Makanan dan Barangan Runcit 2023 Grab adalah berdasarkan pandangan kajian daripada pengguna penghantaran makanan dan barangan runcit di Asia Tenggara serta data daripada platform Grab.

Untuk maklumat lanjut mengenai GrabFood 5-Star Awards 2023, sila layari: GF 5 Star Awards | Grab My Grab Food & Grocery Trends 2023

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!