Wan Junaidi sifatkan Taib Mahmud 'Tunjang Keharmonian Sarawak'

Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud menghembuskan nafas terakhir awal pagi Rabu.
Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud menghembuskan nafas terakhir awal pagi Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi semalam disifatkan sebagai 'Tunjang Keharmonian' negeri Sarawak oleh penggantinya, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu, sifat kepimpinan sedemikian diperlihatkan Allahyarham Abdul Taib semasa menerajui pentadbiran sebagai Ketua Menteri Sarawak dan Yang di-Pertua Negeri.

Wan Junaidi juga berkata, pengorbanan Abdul Taib dalam pembangunan negeri Sarawak sepanjang hidup Allahyarham tidak dapat dinafikan.

"Sebagai Ketua Menteri untuk semua rakyat Sarawak, Allahyarham sangat menjaga hak imigresen Sarawak, menjauhkan semua unsur negatif dari pantai Sarawak dan membina syurga ‘Land of the Hornbills’ yang meraikan kebebasan beragama dan kepelbagaian kaum.

"Tun Taib telah menyemai semangat keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak dan warisannya kini kita nikmati.

"Hasil kerja keras dan susah payah beliau untuk memastikan tiada kaum akan tercicir dalam semua dasar semasa beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak selama lebih tiga dekad terus dipupuk sehingga hari ini," kata Wan Junaidi dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Dalam kenyataan itu, Wan Junaidi turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Abdul Taib dan mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. - Awani

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!