JDT tetap pasukan pilihan

Sathia­nathan
Sathia­nathan
A
A
A

PENGENDALI Selangor, B Sathianathan tetap melabel penyandang juara enam kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai pasukan pilihan untuk mengungguli saingan Liga Super 2020.

Menurutnya, JDT masih memiliki rangkaian para pemain yang berkualiti tinggi, sekali gus menjadikan mereka sebagai pasukan tumpuan musim ini walaupun tanpa rombakan besar dalam skuad Harimau Selatan itu.

“Sudah tentu JDT merupakan pasukan pilihan dan pencabar paling utama dalam saingan Liga Super musim depan. Kualiti yang dimiliki pasukan tersebut tidak boleh dipertikaikan.

“Mereka mempunyai ramai pemain yang bagus dan corak permainan yang sudah semakin serasi sehingga menjadikan mereka antara pasukan terkuat dalam liga,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Selain JDT, Sathianathan turut menyenaraikan beberapa pasukan yang mampu menjadi pencabar dalam saingan Liga Super iaitu Pahang, Perak, Kedah, Petaling Jaya FC (PJ City) dan Melaka United.

“Kesemua pasukan tersebut menunjukkan bahawa mereka komited mahu memberikan saingan dalam liga musim depan dan kelibat kesemua pasukan itu perlu diawasi.

“Pahang sendiri walaupun agak ‘senyap’ dalam persiapan pasukan tetapi saya tahu mereka sudah ada pemain untuk menggalas tanggungjawab bagi musim 2020.

“Beberapa tonggak utama mereka seperti Mohamadou Sumareh dan Matthew Davies akan kekal memainkan peranan sebagai tonggak utama buat pasukan itu,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, Sathianathan memberitahu, Gergasi Merah juga akan hadir pada kempen Liga Super 2020 sebagai antara pasukan pencabar selepas membuat persiapan rapi sejak bulan lalu.

“Selangor memang bertekad untuk memastikan musim 2020 adalah lebih baik berbanding sebelum ini selain misi yang telah ditetapkan untuk layak ke saingan peringkat Asia pada 2021,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!