SPRM tahan pengurus syarikat subahat pembekalan barangan

SPRM
SPRM
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang pengurus syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki bersubahat dengan abangnya berhubung kerja pembekalan barangan bernilai RM160,000.

Dia ditahan di pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberi keterangan berhubung perkara itu pada jam 12.50 tengah hari tadi.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah mengesahkan penahanan suspek ketika dihubungi tadi.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 28 (1) (c) ASPRM 2009.

Suspek yang berusia 48 tahun itu disyaki bersubahat dengan abangnya yang juga profesor di sebuah universiti tempatan di sini di antara September 2011 hingga November 2012.

Suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth pada 8.30 pagi esok.

30 Oktober lalu, abang suspek yang bertugas di universiti tempatan di sini mengaku tidak bersalah terhadap sembilan pertuduhan salah guna kuasa dan kedudukannya.

Ia bagi mendapatkan suapan dengan meluluskan syarikat suspek untuk membekalkan barangan bagi jabatan tempat dia bekerja.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!