Kilang di NS berpotensi jadi produk pelancongan

Nicole (tengah) menyaksikan MoU antara MAH dan MATTA.
Nicole (tengah) menyaksikan MoU antara MAH dan MATTA.
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan berhasrat menjadikan kilang sebagai sebagai salah satu produk pelancongan di negeri ini.

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, terdapat kilang-kilang yang dikenal pasti menarik dan bersesuaian dijadikan sebagai lokasi pelancongan.

"Saya pernah melawat kilang Nestle di negeri ini dan saya rasa kilang itu sangat berpotensi untuk dijadikan tempat pelancongan. Cuma apa yang diperlukan ialah pihak kilang sediakan satu sudut di dalam kilang mereka untuk tujuan kunjungan pelancong.

"Jika di luar negara misalnya di Jepun, ada kilang yang dijadikan sebagai taman tema dan disediakan galeri seperti muzium, ia sangat menarik," katanya.

Haziz dan Fook Moi (kiri) menunjukkan dokumen MoU yang telah ditandatangani. Turut kelihatan Nicole (tengah).
Haziz dan Fook Moi (kiri) menunjukkan dokumen MoU yang telah ditandatangani. Turut kelihatan Nicole (tengah).

Menurutnya, cara itu bukan saja membolehkan Negeri Sembilan mempunyai produk pelancongan baharu tetapi pada masa sama dapat mempromosikan kilang berkenaan.

Tambahnya, beliau dengan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan akan menjadi pemudah cara supaya ada produk pelancongan di kilang pada masa akan datang.

"Saya akan berbincang dengan kilang-kilang tertentu bagi merealisasikan hasrat ini dan selepas ini agensi pelancongan boleh letak dalam itinerari mereka lawatan ke kilang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum (MoU) antara Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan dan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Cawangan Negeri Sembilan di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Ia disempurnakan oleh Pengerusi MAH Negeri Sembilan, Haziz Hassan dan Pengerusi MATTA, Lee Fook Moi.

MoU tersebut bagi mempromosikan produk-produk pelancongan di Negeri Sembilan.

Dalam pada itu Nicole berkata, pihaknya berharap Negeri Sembilan bukan sekadar menjadi lokasi persinggahan pelancong tetapi juga untuk menginap.

Beliau berkata, MAH dan MATTA perlu duduk berbincang bagi memikirkan satu mekanisme yang terbaik untuk menggiatkan lagi promosi produk-produk pelancongan di negeri ini.

"Saya dapati faktor tak ramai pelancong menginap di negeri ini kerana agensi pelancongan yang mereka ikut tidak masukkan dalam itinerari untuk menginap di sini.

"Mungkin mereka tak tahu produk-produk yang ada di Negeri Sembilan. Jadi saya harap mulai sekarang agensi pelancongan dapat letak sekurang-kurangnya satu malam untuk pelancong menginap di hotel di sini," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!