SVO susun aktiviti tarik pengunjung

Sze Yee (tiga dari kanan) merasmikan majlis pecah tanah Hotel M Hill di Ipoh pada Khamis.
Sze Yee (tiga dari kanan) merasmikan majlis pecah tanah Hotel M Hill di Ipoh pada Khamis.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak percaya pihak Silverlakes Village Outlet (SVO) telah menyusun pelbagai aktiviti bagi menarik pengunjung ke pusat beli-belah di Batu Gajah itu.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee berkata, SVO yang memulakan operasi Disember tahun lalu dikendalikan oleh syarikat persendirian.

"SVO merupakan tempat persendirian dan kita bagi pihak berkenaan buat pengumuman (aktiviti) yang akan dibuat," katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada majlis pecah tanah Hotel M Hill di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas status tular di media sosial mendakwa pusat komersial yang menjadi tarikan pelancongan negeri itu dikatakan masih sunyi ekoran kebanyakkan outlet masih belum dibuka.

Sze Yee
Sze Yee

Dalam perkembangan lain, Sze Yee berkata, kadar penginapan di hotel di negeri Perak mencatat sekitar 70 peratus untuk tempahan bilik sepanjang musim cuti persekolahan.

"Untuk sektor perhotelan, ini merupakan angka yang sangat tinggi berbanding hari biasa sekitar 50 peratus.

"Bagaimanapun, Perak masih kekurangan bilik bagi kategori tiga bintang dan ke atas. Bilik-bilik berkenaan kebiasaannya sering menjadi pilihan kepada pelancong yang datang dari luar negara," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, Perak mempunyai kira-kira 20,000 bilik dan daripada jumlah itu hanya 7,000 jenis bilik berada pada kategori tiga bintang dan ke atas.

"Kategori ini tidak termasuk inap desa dan AirBNB.

"Pembinaan hotel yang dijangka siap pada tahun 2027 itu akan menampung kekurangan bilik yang sedang dihadapi di Perak," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!