‘Satu penghormatan dapat wakili kelab hebat JDT’ - Morales
BINTANG baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Romel Morales menyifatkan satu penghormatan apabila dipilih menyarung jersi juara Liga Super kali ke-10 berturut-turut tersebut.
Malah, pemain dari Villavicencio, Colombia itu yang menjadi antara muka baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon berterima kasih atas keyakinan Harimau Selatan merekrut khidmatnya.
“Sangat teruja dengan cabaran baru dalam kerjaya saya. Ia satu penghormatan untuk berada di sini mewakili kelab hebat @officialjohor (JDT).
“Saya sentiasa mempunyai keinginan yang sama untuk menyumbang dan memberikan yang terbaik kepada pasukan.
“Terima kasih kepada semua orang yang menjadikannya kenyataan terutama terima kasih kepada @hrhcrownprinceofjohor (Tunku Mahkota Ismail) untuk peluang ini!,” kata pemain naturalisasi Harimau Malaya tersebut.
INFO: ROMEL MORALES
REMAJA
2011–2014 River Plate
2014–2016 Banfield
SENIOR
2016–2017 Banfield
2018–2019 PKNS
2020 Melaka United
2021–2023 Kuala Lumpur City
2024– Johor Darul Ta'zim
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!