30 peratus peserta Lima 19 terdiri sektor pengangkutan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kira-kira 30 peratus peserta Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (Lima ‘19) bermula 26 Mac ini terdiri daripada sektor pengangkutan.

Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata buat pertama kali tahun ini Kementerian Pengangkutan terlibat sebagai penganjur bersama Kementerian Pertahanan.

“Sehingga kini, 75 peratus daripada ruang pameran di Pulau Langkawi telah ditempah pempamer luar negara, ia menunjukkan satu kemajuan yang baik, kami ada tiga bulan lagi sebelum LIMA ‘19.

“Seperti mana tahun-tahun lepas, penyertaannya adalah baik,” katanya kepada pemberita selepas hadir majlis serah terima tugas Panglima Angkatan Bersama (PAB) di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Upacara serah terima tugas antara PAB Laksama Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman yang bersara wajib hari ini dan PAB baharu Lt Jen Datuk Suhaimi Mohd Zuki disaksikan oleh PAT.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Halimi Manaf.

Lima ‘19 yang memasuki edisi ke-15 sejak diperkenalkan pada 1991, akan berlangsung di Pulau Langkawi dari 26 hingga 30 Mac ini.

Zulkifli berkata terdapat beberapa negara baharu yang akan menyertai LIMA ‘19.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!