45 pekerja sindiket penipuan atas talian diberkas

Mazlan (lima dari kanan) menunjukkan hasil rampasan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur tadi. - FOTO: ZAHID IZZANI
Mazlan (lima dari kanan) menunjukkan hasil rampasan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur tadi. - FOTO: ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 45 individu termasuk 19 warga China dipercayai terlibat dengan sindiket penipuan atas talian diberkas dalam serbuan di dua pejabat di Jalan Bukit Bintang pada 2 Januari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, seramai 26 individu termasuk 12 wanita warga tempatan ditahan dalam serbuan pertama pada jam 3.30 petang itu.

"Kita merampas 31 unit komputer riba, 31 unit monitor komputer, 80 telefon bimbit serta satu unit modem internet," katanya pada sidang media di sini semalam.

Antara barangan yang dirampas. - FOTO: ZAHID IZZANI
Antara barangan yang dirampas. - FOTO: ZAHID IZZANI

Mazlan berkata, sejam kemudian, seramai 18 individu termasuk seorang warga China ditahan dalam serbuan kedua di bangunan sama melibatkan rampasan 19 unit komputer, 19 unit monitor komputer, 35 telefon bimbit, sebuah komputer riba dan wang tunai RM19,080.

Beliau berkata, modus operandi sindiket tersebut adalah dengan mengiklankan jawatan kosong di laman web cari kerja sebagai pegawai khidmat pelanggan.

"Bagaimanapun, pekerja itu perlu mengendalikan operasi penipuan atas talian ini. Mereka juga dibayar gaji antara RM3,000 hingga RM8,000 sebulan," katanya.

Menurutnya, sindiket didalangi warga China dan telah beroperasi sejak sebulan lalu itu mensasarkan mangsa warga China.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!