Jualan kraftangan wanita teraniaya jadi tarikan
SHAH ALAM - Pameran dan jualan kraftangan dihasilkan oleh wanita teraniaya kerana ditipu dalam perkahwinan dan pekerjaan antara tarikan reruai dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.
Ia dilakukan menerusi reruai Rumah Perlindungan Wanita di bawah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sempena berlangsungnya Town Hall Rakyat bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Program Town Hall itu menyediakan peluang kepada orang ramai bertanyakan soalan kepada menteri berkaitan isu semasa selain merungkai pelbagai permasalahan yang berlaku di negara ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!