'Bawa nama negara itu jauh lebih penting'
“MEMBAWA nama negara itu jauh lebih penting dari meletakkan diri di hadapan.”
Itu yang menginspirasikan Kento Momota untuk terus berjuang mengekalkan diri dalam kelompok pemain badminton dunia.
Malah, kehadiran ubi muda Negara Matahari Terbit juga tidak menghalang pemain kidal berusia 29 tahun pemenang perak edisi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) Hyderabad 2016 untuk berbakti kepada bumi Jepun.
“Saya amat cintakan badminton kerana setiap kali beraksi ia memberikan keseronokan dan saya enjoy...
"Sejujurnya keseronokan itulah membuatkan saya mahu bermain selama mana yang boleh...
"Sebenarnya tampil sebagai pemain ketiga Jepun di sini juga mencabar diri kerana saya seorang yang sentiasa mahu mengharumkan nama Jepun,” kata Momota ketika ditemui pemberita pada BATC 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam baru-baru ini.
Sebagai rekod, Momota hadir ke BATC 2024 dengan sandaran kepada Jepun dalam acara berpasukan lelaki.
INFO (MOMOTA BATC 2024)
KUMPULAN C
Momota tewaskan Min Htet Kaung (Myanmar) 21-9, 21-5 (21 minit)
Momota tewaskan Lau Jun Hui Marcus (Singapura) 21-16, 21-9 (37 minit)
Momota tewaskan Wongsup Wongsup-In (Thailand) 21-14, 21-5 (32 minit)
SUKU AKHIR
Momota tewaskan Kidambi Srikanth (India) 17-21, 21-9, 22-20 (1 jam 17 minit)
SEPARUH AKHIR
Eogene Ewe (Malaysia)
@sinarharianonline 'Bawa nama negara itu jauh lebih penting' #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Sukan #Badminton #Atlet #Negara #KentoMomota
Eye of the Tiger (Instrumental Version) - From "Rocky" - M.S. Art
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!