Pengarah Pendidikan Sarawak diberi kuasa lulus projek selenggara sekolah

Pengarah Pendidikan Sarawak diberi kuasa melulus projek penyelenggaraan sekolah yang dibiayai kerajaan negeri Sarawak atau mana-mana pihak lain selain Kerajaan Persekutuan. Gambar hiasan Bernama
Pengarah Pendidikan Sarawak diberi kuasa melulus projek penyelenggaraan sekolah yang dibiayai kerajaan negeri Sarawak atau mana-mana pihak lain selain Kerajaan Persekutuan. Gambar hiasan Bernama
A
A
A

KUCHING - Pengarah Pendidikan Sarawak diberi kuasa melulus projek penyelenggaraan sekolah yang dibiayai kerajaan negeri Sarawak atau mana-mana pihak lain selain Kerajaan Persekutuan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan (JTBPP) Negeri Sarawak di sini, pada Khamis.

Mesyuarat dipengerusikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

"JTBPP diwujudkan khusus untuk mengatasi isu-isu pendidikan di Sarawak, selaras dengan saranan keputusan Mesyuarat Penyelarasan Perjanjian Malaysia (MA63) Mengenai Isu Pembangunan Pendidikan dan Kesihatan di Negeri Sarawak dan Sabah.

"Beberapa agenda penting telah dibincangkan dalam mesyuarat JTBPP kali pertama ini termasuk penambahbaikan sumber manusia, operasi pendidikan dan pembangunan infrastruktur di Sarawak,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: