Najib harap diberi hak pembelaan adil

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan pertuduhan mahkamah ke atas dirinya adalah peluang bagi beliau untuk membuktikan kebenaran.

Katanya, pasukan peguamnya turut menyatakan keyakinan berjaya membersihkan nama beliau.

"Mungkin saya boleh simpulkan adalah berani kerana benar. Maknanya saya yakin atas kebenaran saya dan insya-ALLAH akan buktikan di mahkamah nanti dengan kenyataan tertentu bila sampai kepada masanya.

"Saya tak mahu menceritakan secara terperinci tentang 38 pertuduhan terhadap diri saya. Ada pertuduhan yang pada saya tidak munasabah tapi tidak mengapa itu hak kerajaan yang mempunyai kuasa membuat pertuduhan," katanya menerusi wawancara ekslusif di Sinar Live, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib tidak mengaku bersalah 25 pertuduhan]

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib didakwa tiga pertuduhan pecah amanah, satu kes rasuah]

Mengulas lanjut, Najib berharap beliau diberikan hak pembelaan yang adil.

"Cuma saya minta supaya berlaku adil. Dengan kata lain, saya sebagai rakyat Malaysia dapat hak pembelaan dalam mahkamah yang adil.

Artikel Berkaitan:

"Maknanya proses penghakiman termasuk hakim sendiri adalah dalam lingkungan prinsip adil. Ini amat penting sebab kalau kita sebut tentang rule of law, salah satu daripada tiang utama adalah sistem penghakiman yang adil. Seorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan salah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!