Dua polis peronda cedera, suspek lempar objek besi diburu

Keadaan kereta peronda jenis Honda Civic 1.8 (SPANCO) yang dinaiki anggota polis selepas terbabas dan berpusing sebelum melanggar penghadang jalan akibat melanggar satu objek besi yang dilemparkan suspek. Foto pembaca
Keadaan kereta peronda jenis Honda Civic 1.8 (SPANCO) yang dinaiki anggota polis selepas terbabas dan berpusing sebelum melanggar penghadang jalan akibat melanggar satu objek besi yang dilemparkan suspek. Foto pembaca
A
A
A

IPOH - Polis sedang memburu suspek yang terlibat dalam kes kejar hingga mengakibatkan dua anggota polis cedera di Kilometer 215 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Taiping, Isnin lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dalam kejadian itu, suspek yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berjaya meloloskan diri.

"Suspek yang dikejar itu telah lolos, usaha mengesan sedang digerakkan," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian sekitar jam 6.50 pagi itu, dua anggota berpangkat koperal dan lans koperal berusia 29 dan 38 tahun luka di kepala dan sakit di beberapa bahagian badan termasuk dada dan tengkuk selepas kereta peronda jenis Honda Civic 1.8 (SPANCO) dinaiki hilang kawalan.

Dalam kejadian sekitar jam 6.50 pagi itu, dua anggota berpangkat koperal dan lans koperal mengalami luka di kepala dan sakit di beberapa bahagian badan termasuk dada dan tengkuk. Foto pembaca
Dalam kejadian sekitar jam 6.50 pagi itu, dua anggota berpangkat koperal dan lans koperal mengalami luka di kepala dan sakit di beberapa bahagian badan termasuk dada dan tengkuk. Foto pembaca

Kenderaan itu terbabas dan berpusing sebelum melanggar penghadang jalan akibat melanggar satu objek besi yang dilemparkan suspek.

Sebelum kejadian, anggota unit kereta peronda (MPV) terbabit menerima arahan daripada pusat kawalan daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping bagi memberi bantuan kepada lima lagi MPV polis dari IPD Ipoh dalam usaha menahan kenderaan dinaiki suspek.

Difahamkan, kenderaan suspek dikejar kereta peronda polis sejauh lebih 50 kilometer iaitu dari Plaza Tol Ipoh Utara melepasi ke Plaza Tol Changkat Jering di Taiping.

Artikel Berkaitan:

Dalam insiden mengejar itu, kenderaan dinaiki dua anggota terbabit memberi amaran menggunakan pembesar suara sebanyak tiga kali agar suspek memberhentikan kenderaan.

Amaran itu bukan sahaja tidak diendahkan, malah suspek bertindak melempar keluar objek besi sebelum mengenai bahagian bawah kereta peronda polis.

@sinarharianonline Dua anggota berusia 29 dan 38 tahun luka di kepala dan sakit di beberapa bahagian badan termasuk dada dan tengkuk selepas kereta peronda jenis Honda Civic 1.8 (SPANCO) dinaiki hilang kawalan. #SinarHarian#SinarTerkini#polis#peronda original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!