Letupan gas: Dentuman kuat macam mercun Tahun Baharu Cina - Saksi

Anggota forensik PDRM sedang giat menjalankan siasatan berhubung kejadian letupan gas di sebuah kilang kejuteraan elektrik di Taman Perindustrian Puchong Utama, Puchong, Selangor pada Jumaat.
Foto: HISYAMUDDIN AYUB.
Anggota forensik PDRM sedang giat menjalankan siasatan berhubung kejadian letupan gas di sebuah kilang kejuteraan elektrik di Taman Perindustrian Puchong Utama, Puchong, Selangor pada Jumaat. Foto: HISYAMUDDIN AYUB.
A
A
A

Tinjauan Sinar Harian mendapati anggota forensik PDRM giat menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit pada Jumaat
Tinjauan Sinar Harian mendapati anggota forensik PDRM giat menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit pada Jumaat

PUCHONG - Niat seorang lelaki untuk keluar sebentar membeli makanan dikejutkan dengan dentuman kuat daripada sebuah kilang.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Ng berkata, pada mulanya menyangkakan ia bunyi mercun yang dibakar sempena Tahun Baharu Cina, namun melihat kepulan asap tebal keluar dari premis kilang kejuruteraan elektrik terbabit.

Menurutnya, kejadian letupan gas di kilang itu dipercayai berlaku jam 10.05 pagi dan hanya terletak 100 meter dari stor yang dijaganya.

"Bunyi dentuman itu sangat kuat dan mengakibatkan beberapa keping atap di kilang itu pecah.

"Ada serpihan atap daripada kilang itu terpelanting sehingga ke hadapan stor yang saya jaga.

"Kereta kawan saya juga retak mungkin terkena serpihan keras akibat letupan di kilang ini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Jumaat.

Dalam kejadian letupan gas di Taman Perindustrian Puchong Utama itu, dua individu disahkan maut dan dua lagi mengalami kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Tinjauan Sinar Harian mendapati anggota forensik PDRM giat menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit pada Jumaat
Tinjauan Sinar Harian mendapati anggota forensik PDRM giat menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit pada Jumaat

Sementara itu, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata, dia bersama beberapa orang rakan yang berada di sekitar kilang terbabit turut membantu memadam kebakaran dengan menggunakan pemadam kebakaran bagi memadamkan api yang ada.

"Kebakaran berlaku di bahagian bawah (lantai) dan api tidak begitu besar, tetapi asap sangat tebal.

"Tekanan daripada kebocoran gas menyebabkan atap kilang tercabut dan berlaku hentaman kuat pada barangan lain," ujarnya.

Dipercayai kilang kejuruteraan elektrik itu menjalankan kerja-kerja pembuatan keluli tahan karat.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian menyaksikan pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang giat menjalankan siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!