'Saya nampak dua mayat dalam keadaan hancur'

Anggota forensik polis membawa keluar mayat yang ditemui dalam kejadian letupan gas di sebuah kilang di Jalan Utama 2/26, Taman Perindustrian Utama pada Jumaat.Foto Bernama
Anggota forensik polis membawa keluar mayat yang ditemui dalam kejadian letupan gas di sebuah kilang di Jalan Utama 2/26, Taman Perindustrian Utama pada Jumaat.Foto Bernama
A
A
A

PUCHONG - "Saya nampak dua mayat dalam keadaan hancur,” demikian kata seorang saksi kejadian letupan gas di sebuah kilang kejuruteraan dan elektrik, di Jalan Utama 2/26, Taman Perindustrian Puchong Utama.

Pengimpal di sebuah kilang besi yang hanya mahu dikenali dengan Chen berkata, ketika kejadian, beliau sedang melakukan kerja kimpalan sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat.

Menyangkakan ia bunyi letupan mercun, lelaki yang berumur lingkungan 40-an itu kemudian keluar untuk melihatnya dan mendapati terdapat serpihan atap terpelanting ke atas pokok, selain kelihatan api sedang marak di kilang tersebut.

"Selepas itu, kami semua bergegas pergi tolong dan (saya nampak) dua orang yang mati di dalam itu (dengan keadaan) memang hancur... jadi saya takut nak masuk, cuma bantu di luar saja,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Pada kejadian kira-kira 10 pagi itu, dua dilaporkan maut manakala dua lagi cedera.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar mengesahkan dua lelaki warga asing yang terkorban dalam kejadian itu, ditemukan dalam keadaan tidak sempurna.

Beliau berkata, siasatan bagi mengenal pasti punca letupan kilang berkenaan sedang dilakukan, selain turut menjalankan siasatan ke atas pemilik sekiranya terdapat sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) keselamatan.

"Hasil siasatan awal mendapati kilang kejuruteraan dan elektrik itu telah beroperasi selama 10 tahun dan mempunyai lesen perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Artikel Berkaitan:

"Keadaan selamat dari segi premis dan kawasan sekitar, namun kita tetap akan buat pemantauan dari semasa ke semasa,” katanya.

Mohd Fairus berkata, dua mangsa yang cedera kini sedang dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!