Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/651069/berita/politik/ringgit-jatuh-jangan-asyik-salahkan-pembangkang---muhyiddin

#SinarHarian #BeritaSemasa #ringgitjatuh" />

Ringgit jatuh, jangan asyik salahkan pembangkang - Muhyiddin

23 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 23 FEBRUARI 2024

Kerajaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejatuhan nilai ringgit dan keadaan ekonomi semasa dan bukannya menuding jari kepada pembangkang, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi kejatuhan ringgit itu disebabkan kegagalan kerajaan menguruskan hal ehwal dan ekonomi negara.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menjelaskan kerajaan hari ini tidak menunaikan janji menurunkan harga barang dan lebih bercakap bohong.

"Semua nak salahkan pembangkang, sekarang siapa kerajaan? Sepatutnya kerajaan sekarang bertanggungjawab bukan salahkan kerajaan dahulu, itu maknanya kerajaan kini sudah tidak bertanggungjawab," ujarnya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/651069/berita/politik/ringgit-jatuh-jangan-asyik-salahkan-pembangkang---muhyiddin