'Isu padi perlu libatkan pesawah, pengilang' - Dr Akmal Saleh

Dr Akmal Saleh
Dr Akmal Saleh
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan isu padi dan beras perlu diketuai oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Beliau berkata, pesawah, pengilang dan pakar perlu terlibat sama dalam sesi libat urus hal berkenaan.

“Ia tidak sepatutnya diuruskan oleh katak politik. Isu beras ini perlu diberi penekanan tentang bagaimana pesawah kita perlu diperkasakan untuk mengolah hasil padi mereka.

“Insya-ALLAH keterjaminan pendapatan pesawah kita akan membawa kepada keterjaminan bekalan beras di negara ini.

“Moga libat urus yang diketuai oleh kementerian akan memberikan cadangan jauh lebih baik untuk kebaikan rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Jumaat.

Beliau berkata demikian, susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berhubung Beras Putih Malaysia Madani.

Sebelum ini, media melaporkan KPKM akan mengetuai dan menyelaras sesi libat urus lebih terperinci sesegera mungkin bagi menyelesaikan isu beras putih tempatan (BPT).

Perdana Menteri berkata, sesi libat urus yang dilaksanakan itu nanti perlu mengambil kira harga belian padi, faktor bekalan, harga beras import dunia, kemampanan bekalan beras tempatan serta kesan kepada pengguna.

Artikel Berkaitan:

“Saya turut mengarahkan supaya hasil libat urus ini dibentang dan dimuktamadkan dalam Mesyuarat NACCOL (Majlis Tindakan Sara Hidup Negara) pada 20 Mac depan sebelum diangkat untuk pertimbangan Jemaah Menteri,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!