Leverkusen cipta rekod baharu Bundesliga
REMBATAN jarak jauh Robert Andrich membantu Bayer Leverkusen meraih kemenangan 2-1 di tempat sendiri menentang Mainz sekali gus mencipta rekod baharu Jerman dengan 33 perlawanan tanpa kalah.
Bagaimanapun, Leverkusen beraksi gugup dan melakukan beberapa kesilapan luar biasa, tetapi kemenangan itu membawa mereka 11 mata di depan Bayern Munich dalam usaha meraih gelaran Bundesliga buat kali pertama.
“Kami harus jujur dan berkata kami tidak bermain dengan hebat dan agak bertuah untuk menang. Tetapi kami tidak akan merungut untuk tiga mata ini,” kata Andrich.
Leverkusen telah menang 29 kali dan seri empat daripada 33 perlawanan musim ini, memecahkan rekod yang dibuat oleh Bayern pimpinan Hansi Flick antara 2019 dan 2020.
“Saya tidak kisah (tentang rekod) sebelum ia berlaku, tetapi apabila ia berlaku, saya sangat berbangga.
“Sangat bagus kami telah mencapai kejayaan itu. Anda tidak mendapat pingat untuknya tetapi ia bagus untuk melalui proses itu.
"Kami mencapai perkara yang hebat, tetapi kami tidak mahu berhenti," kata pengendali Leverkusen, Xabi Alonso.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!