United mahu jual Antony harga rugi
MANCHESTER United dilaporkan sedia menjual pemain sayapnya, Antony dengan harga murah pada jendela perpindahan pemain.
Tribuna melaporkan, berita mengenai penjualan Antony sudah tersebar meluas selepas prestasi kurang memuaskan pemain kelahiran Brazil itu musim ini.
Pemain berusia 23 tahun itu hanya menjaringkan satu gol dan satu bantuan gol daripada 25 penampilan dalam semua pertandingan.
Manchester United membeli Antony dari Ajax pada musim panas 2022, dengan harga €95 juta (RM491 juta) dan dilaporkan bakal dijual dengan harga yang lebih murah.
United dikatakan akan menjual Antony dengan harga €50 juta (RM258 juta).
Pada musim pertama bersama Manchester United, Antony tampil baik dengan menjaringkan lapan gol dan tiga bantuan gol daripada 44 perlawanan.
Sebelum ini, Antony masih menjadi pilihan utama pengendali Erik ten Hag musim ini, namun persembahannya yang terus menurun membuatkan posisinya diambil Alejandro Garnacho.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!