Takiyuddin sahkan tiada perbalahan Pas-Bersatu

Takiyuddin (kiri) menyampaikan angpau kepada warga emas sempena Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Kelantan 2024 pada Jumaat.
Takiyuddin (kiri) menyampaikan angpau kepada warga emas sempena Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Kelantan 2024 pada Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takyuddin Hassan mengesahkan pertemuan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan pertemuan biasa dan tiada sebarang masalah antara kedua- dua parti itu.

Menurutnya, pertemuan seperti itu juga sentiasa berlaku sama ada di luar atau dalam mesyuarat dan turut dilaksanakan sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN).

Tambahnya, pemimpin Pas, Bersatu dan Gerakan akan mengadakan pertemuan terlebih dahulu kerana ada perkara yang perlu dibincangkan bersama bagi semua pihak.

"Sebenarnya ada pihak tertentu sengaja mereka cerita bahawa masalah tidak selesai walaupun ada pertemuan dua kali antara pemimpin Pas dan Bersatu.

"Saya boleh sahkan tiada masalah antara pemimpin dan ahli juga saling bekerjasama untuk mengukuhkan parti," katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Kelantan 2024 pada Jumaat.

Dalam pada itu, Takiyuddin turut menegaskan kedua-pemimpin parti itu tidak pernah ada perbalahan dan cadangan supaya mengadakan undian semula.

Sebelum ini, satu portal memetik bahawa sumber memaklumkan Presiden Pas dan Bersatu didakwa gagal menyelesaikan masalah menyebabkan hubungan mereka 'dingin'.

Portal itu turut menyebut, sumber rapat dengan perkara itu mendakwa pertemuan pada 14 dan 15 Februari lalu hanya sekadar optik.

Artikel Berkaitan:

Sumber itu turut memberitahu, hubungan dingin Abdul Hadi dan Muhyiddin antara lain mempunyai kegagalan Pas menampilkan Naib Presiden, Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon Perdana Menteri selepas Muhyiddin tidak meneruskan hasrat berundur pada pemilihan parti tahun ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!