Pembangkang bukan 'bad boy', kekal perjuang isu rakyat

Takiyuddin (kiri), Laporan Sinar Harian
Takiyuddin (kiri), Laporan Sinar Harian
A
A
A

KOTA BHARU - Keadaan Dewan Rakyat seperti zoo itu bergantung pada interpretasi masing-masing kerana pembangkang perlu membangkitkan pandangan dan cadangan terhadap isu kerajaan.

Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tiada pembangkang yang hanya berdiam diri dalam Dewan Rakyat.

"Pembangkang memang kena bangkitkan isu rakyat yang berkaitan kos sara hidup, masalah ekonomi yang semakin teruk, masalah mata wang dan semua perkara berkaitan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Kelantan 2024 pada Jumaat.

Takiyuddin turut memberitahu, Parlimen merupakan peluang untuk mengemukakan semua isu itu kerana negara mengamalkan demokrasi.

"Jadi kita boleh bercakap apa sahaja. Adakah kerana kita pembangkang, terus dilabel sebagai 'bad boy' dan apabila jadi kerajaan, 'suddenly' jadi 'good boy'," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas (2024) yang bakal berlangsung mulai Isnin akan lebih serius

memastikan kewibawaan Parlimen sejajar dengan fungsinya sebagai badan penggubal undang-undang negara.

Artikel Berkaitan:

Beliau tidak mahu Parlimen dipandang hina seperti yang berlaku pada sesi persidangan sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu memberitahu, pihaknya akan melaksanakan program silang budaya yang membabitkan masyarakat bukan Cina.

"Kita akan melatih remaja dan belia Melayu untuk mempersembahkan gendang Cina sempena Tahun Baharu Cina tahun depan sebagai menggalakkan integrasi kaum di negeri ini.

"Ia turut membabitkan kaum Siam dan India," katanya.

Justeru katanya, perkara itu akan dirujuk kepada kerajaan negeri untuk memohon peruntukan dan panduan sebelum program dilaksanakan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Keadaan Dewan Rakyat seperti zoo itu bergantung pada interpretasi masing-masing kerana pembangkang perlu membangkitkan pandangan dan cadangan terhadap isu kerajaan. Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tiada pembangkang yang hanya berdiam diri dalam Dewan Rakyat. #SinarHarian #SinarTerkini #DewanRakyat #Pembangkang #TakiyuddinHassan

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!