Konsert Ed Sheeren: PSM libatkan pakar elak padang rosak

Gambar tular padang Stadium Nasional sebelum konsert Ed Sheeren.
Gambar tular padang Stadium Nasional sebelum konsert Ed Sheeren.
A
A
A

PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) melibatkan tenaga pakar, Labosport bagi mengelakkan padang Stadium Nasional Bukit Jalil rosak susulan konsert Ed Sheeran hari ini.

PSM dalam satu kenyataan berkata, ia bagi memastikan konsert itu tidak akan memberikan masalah menjelang perlawanan Kelayakan Piala Dunia antara Malaysia menentang Oman pada 26 Mac ini.

"Sebagai langkah awal, PSM telah memindahkan rumput seluas 1,900 meter persegi bagi menempatkan pentas dan menara sistem audio mengikut tema 'world tour' Ed Sheeran.

"Rumput yang telah dipindahkan kini diberi jagaan intensif termasuk pengairan dan pembajaan supaya kesihatan rumput berada pada tahap optimum," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, PSM juga bersedia untuk menggunakan rumput dari tapak semaian sekiranya perlu.

"Tapak semaian sedia ada mempunyai keluasan rumput melebihi 2,000 meter persegi untuk menampung keperluan padang SNBJ.

"Kerja-kerja membongkar peralatan daripada konsert akan dimulakan sejurus selepas konsert berakhir dan kerja di padang akan bermula dengan segera selepas itu," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, tular gambar pentas yang akan digunakan untuk konsert tersebut diletakkan di atas padang sekali gus menimbulkan kebimbangan rumput akan rosak seperti yang berlaku selepas konsert Coldplay.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!