Israel lakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza - Presiden Brazil

Lula da Silva. AFP
Lula da Silva. AFP
A
A
A

RIO DE JANEIRO - Presiden Brazil, Lula da Silva sekali lagi menegaskan bahawa Israel telah melakukan 'genosid' terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Bercakap pada satu acara di Rio de Janeiro semalam, Presiden da Silva berkata: "Apa yang Israel lakukan bukanlah peperangan tetapi genosid kerana mereka membunuh wanita dan kanak-kanak."

"Beribu-ribu kanak-kanak terbunuh, ribuan lagi hilang. Bukan tentera yang terbunuh, tetapi wanita dan kanak-kanak. Jika ini bukan dikatakan genosid, saya tidak tahu apa maksud sebenar genosid".

Awal bulan ini, da Silva menyifatkan apa yang dilakukan rejim itu di Gaza sama seperti Holocaust Nazi semasa Perang Dunia II.

Bercakap kepada media di luar sidang kemuncak Kesatuan Afrika di Addis Ababa pada 18 Feb, beliau berkata apa yang berlaku di Gaza bukanlah peperangan tetapi genosid.

Beliau menyifatkan apa yang terjadi itu tidak pernah berlaku dalam sejarah.

Berikutan kenyataan itu, Brazil memanggil pulang dutanya ke Tel Aviv pada hari berikutnya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!