Pilih tarikh 24.2.24 lakar hari bahagia

Tarikh 'cantik' dan unik, 24.2.24 menjadi tumpuan kebanyakan pasangan untuk melangsungkan majlis pernikahan pada hari tersebut. Gambar hiasan
Tarikh 'cantik' dan unik, 24.2.24 menjadi tumpuan kebanyakan pasangan untuk melangsungkan majlis pernikahan pada hari tersebut. Gambar hiasan
A
A
A

TARIKH 'cantik' dan unik, 24.2.24 menjadi pilihan kebanyakan pasangan untuk melangsungkan majlis pernikahan pada hari tersebut.

Tarikh istimewa itu menjadi tumpuan bukan sahaja orang awam, pempengaruh dan artis, malah ahli politik juga tidak melepaskan saat keemasan ini untuk menjadikannya sebagai permulaan bagi hari bersejarah mereka untuk bergelar sebagai suami isteri.

Pada Sabtu, seramai 10 pasangan diijabkabulkan dalam Majlis Akad Nikah Rahmah bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, majlis tersebut diadakan bagi meringankan beban golongan B40, sekali gus melaksanakan rancangan yang sejajar dengan inisiatif Jawi untuk meneroka program-program ilmu pembangunan kekeluargaan.

Dalam pada itu, pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Zafir Karipap bersama pasangannya, Diyana Arefin juga tidak melepaskan peluang untuk membina mahligai indah pada tarikh berkenaan.

10 pasangan yang menyertai Majlis Akad Nikah Rahmah bersempena Sambutan Jubli Emas ke-50 Tahun Jawi di Masjid Wilayah Persekutuan, pada Sabtu.
10 pasangan yang menyertai Majlis Akad Nikah Rahmah bersempena Sambutan Jubli Emas ke-50 Tahun Jawi di Masjid Wilayah Persekutuan, pada Sabtu.

Bagaimanapun, hari bahagia pasangan tersebut dilihat memberi kejutan kepada banyak pihak terutamanya pengikut dan peminat mereka kerana dikatakan tidak pernah dilihat bercinta atau menunjukkan sebarang tanda akan berkahwin.

Selain itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Taufiq Johari juga telah melafazkan ijab dan kabul bersama pasangan pilihannya yang berasal dari Indonesia, Fathiya Ainul Mardhiyah.

Artikel Berkaitan:

Berita gembira tersebut dikongsi oleh Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menerusi hantaran 'story' di Instagram dengan memuat naik gambar swafoto bersama Taufik dan suasana ketika majlis akad nikah berlangsung.

Kepada semua yang bergelar raja sehari semalam, selamat pengantin baru diucapkan dan selamat menempuh alam perkahwinan dengan penuh kesabaran serta tolak ansur.

Semoga mahligai cinta yang dibina ini sentiasa mendapat berkat daripada ALLAH, memperoleh kebahagiaan dan kemudahan untuk menyempurnakan ibadah serta diberi petunjuk dalam setiap keputusan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!