Tujuh cedera gempa di Iran
TEHERAN - Sekurang-kurangnya tujuh orang cedera selepas gempa bumi berukuran 4.5 skala Richter menggegarkan negara itu, hari ini melibatkan kawasan kira-kira 50 kilometer (km) dari loji kuasa nuklear Bushehr.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berlaku pada kedalaman 10km pada jam 6.49 pagi (waktu tempatan), sekitar 17km di selatan timur bandar Borazjan.
Agensi berita IRNA memetik kenyataan ketua pengurusan krisis Bushehr melaporkan, tujuh yang cedera termasuk empat mangsa yang kini dirawat di hospital.
"Pasukan pengurusan krisis berada di rantau itu dan sedang menilai kerosakan pada bangunan," katanya beberapa jam selepas gempa.
Gempa terbaharu itu berlaku tepat dua minggu selepas gempa berukuran 5.1 Richter menggegarkan kawasan sama. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!