Muslim Ahmad TKO Atingpek di pusingan kedua

Muslim Ahmad
Muslim Ahmad
A
A
A

BEKAS tonggak pertahanan berpengaruh skuad bola sepak negara, Muslim Ahmad membuktikan kepada peminatnya bahawa muay thai sebagai karier pilihan kedua merupakan pilihan tepat.

Malah, bekas benteng Sri Pahang berusia 34 tahun berkenaan menyingkap dunia sukan lasak itu dengan meraih kemenangan pertama dalam satu pertandingan muay thai T Fight 2.0 pada Sabtu.

Perlawanan yang berlangsung di Bagan Serai, Kedah itu menyaksikan jejaka kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu tersebut meraih kemenangan technical knock-out (TKO) ke atas jagoan dari Perlis, Atingpek.

Muslim yang meneruskan rentak positif pusingan pertama tidak memberikan lawannya peluang apabila menamatkan cabaran pada pusingan kedua daripada tiga pusingan.

Sebagai rekod, Muslim merupakan anggota skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal yang merangkul Piala AFF Suzuki 2010 dan pingat emas Sukan SEA Jakarta-Palembang 2011.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!