Guardiola puji impak Foden
GOL tunggal Phil Foden membantu Manchester City menang 1-0 ke atas Bournemouth ketika penyandang Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berada satu mata di belakang pendahulu Liverpool pada Ahad.
Liverpool tidak beraksi dalam saingan EPL kerana akan menentang Chelsea dalam aksi final Piala Liga dan City mengambil kesempatan tersebut untuk merapatkan jurang dengan pasukan kendalian Jurgen Klopp itu.
Foden menjaringkan gol pada separuh masa pertama di Dean Court menyaksikan mereka menang buat kali ke-13 dalam 14 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.
City yang dalam misi mengejar kejuaraan EPL keempat berturut-turut tidak berada pada tahap terbaik dalam perlawanan tersebut, namun mempamerkan keazaman yang diperlukan untuk meraih kemenangan.
“Phil Foden memberikan aksi terbaik yang belum pernah dia tunjukkan. Semua orang memberikan sumbangan dan saya sangat gembira," katanya.
Dalam pada itu, Gaurdiola turut mengakui sedikit kecewa dengan kekurangan persiapan City di tengah-tengah jadual yang padat.
“Mereka (Bournemouth) mempunyai tujuh hari untuk bersedia perlawanan ini tetapi kami mempunyai tiga hari. Terdapat pasukan yang bermain dengan pemulihan yang kurang daripada yang lain dalam Liga Perdana.
“Secara umumnya ia sukar dipercayai cara kami bertahan kerana kami memerlukannya. Apabila anda tidak mempunyai waktu rehat yang cukup dan pemain keletihan, anda tidak boleh mengharapkan untuk menjadi sempurna kerana mereka adalah manusia,” katanya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!