Operasi Melaka River Cruise ditutup sementara 14 Januari ini
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Azlan Abidin berkata, penutupan itu adalah rutin tahunan bagi kerja-kerja penyelenggaraan semua bot yang digunakan selain penambahbaikan perkhidmatan.
"Pada Disember tahun lepas kita menerima kedatangan lebih 139,000 pengunjung hingga menyebabkan penggunaan kesemua bot menjadi kerap dan setiap hari.
"Justeru, penutupan sementara operasi ini bagi membolehkan kami menyelenggara perkhidmatan itu agar pihak kami dapat memberi mutu perkhidmatan lebih baik terutama pada sambutan Tahun Baru Cina nanti," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Katanya, segala kesulitan amat dikesali dan perkhidmatan River Cruise Melaka akan beroperasi seperti biasa selepas tarikh berkenaan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!