LZS nafi taja penginapan pada warga asing

Tangkap layar hantaran LZS di laman Facebook rasminya pada Ahad.
Tangkap layar hantaran LZS di laman Facebook rasminya pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menafikan menaja penginapan kepada warga asing yang menghuni premis perusahaan bekas usahawan mualaf dibantu agensi berkenaan sebelum ini.

LZS mengakui pemilik kepada perusahaan terbabit merupakan asnaf LZS bermula 2019 namun bantuan tersebut dihentikan pada Julai 2023 selepas asnaf terbabit berpindah ke Kuala Lumpur.

"Kami juga telah meminta pemilik premis sedia ada untuk menurunkan papan tanda dengan menelefon pemilik premis tersebut tetapi tidak berjaya.

"Hal ini untuk elakkan lagi salah faham orang ramai malah kami juga cuba untuk masuk ke kawasan tersebut, malangnya telah berkunci.

"Jadi, kepada aktivis menziarahi premis tersebut tempoh hari, yang menyatakan kami tanggung sewaan warga asing itu hanyalah salah faham," kata LZS menerusi kenyataan tersebut pada Ahad.

Terdahulu, netizen di media sosial meminta LZS memberikan penjelasan terhadap dakwaan kumpulan aktivis yang mendakwa LZS membantu menanggung sewaan sebuah premis yang diduduki warga asing.

Agensi itu menambah, dakwaan tersebut sama sekali tidak benar kerana setelah asnaf terbabit berpindah, premis perusahaan tersebut bukan lagi ditanggung oleh pihak LZS.

"Sekali lagi, kami seru rakyat di Malaysia, khususnya di Selangor, untuk sentiasa bertabayyun(siasat) dengan menggunakan medium yang tepat.

Artikel Berkaitan:

"Tidak salah ada keraguan, tapi elakkan warganet salah faham.

"Akhir kalam, sama-sama kita jaga institusi zakat ini sebaik mungkin. Kami takut, asbab dari nila setitik rosak susu sebelanga, terabai jua kebajikan utama 65,000 buah keluarga asnaf di Selangor," tambah kenyataan itu lagi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!