'Seawal Disember lepas tempahan dah tutup' - Tukang jahit

Antara tempahan yang siap dijahit oleh Sarimah. (Gambar kecil: Sarimah)
Antara tempahan yang siap dijahit oleh Sarimah. (Gambar kecil: Sarimah)
A
A
A

JEMPOL- Tukang-tukang jahit sudah mula berhenti mengambil tempahan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini seawal Disember lalu.

Tukang jahit, Sarimah Mohd Jumaro, 41, berkata, tahun ini sahaja sebanyak 250 pasang pakaian diterimanya dengan kebanyakannya tema berwarna oren bata.

"Disember lepas saya dah tutup tempahan dan sebuah keluarga ada yang tempah sampai 22 pasang, paling sikit empat pasang. Alhamdulillah tahun ini 'meriah' dengan tempahan fesyen baju kebaya.

"Harga pakaian pula serendah RM30 bagi kanak-kanak, dewasa RM50 dan ke atas. Pelanggan dalam talian pun ada cuma tidaklah banyak," katanya.

Seorang lagi tukang jahit Sabariah Daud, 39, dari Kuala Pilah berkata, masih membuka tempahan pakaian wanita sahaja sehingga dua minggu Ramadan.

Sabariah menunjukkan antara tempahan yang telah siap.
Sabariah menunjukkan antara tempahan yang telah siap.

"Kali ini saya terima tempahan kebanyakannya kain warna 'maroon' untuk dipakai pada lebaran kali ini dengan baju kurung moden dan baju kurung tradisional masih menjadi pilihan pelanggan," katanya.

Sementara itu, berbeza dengan Hanani Hasan, 26, yang baru berjinak-jinak dalam dunia tukang jahit terpaksa mengehadkan tempahan jahitan berikutan bimbang tidak mampu menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

"Tahun ini hanya 45 pasang dan tempahan sudah ditutup sejak hujung tahun lalu. Insya-ALLAH dalam tempoh dua minggu ini siap sepenuhnya," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!