KPKM, NACCOL diberi tempoh 20 Mac tetap harga padi - Anwar

Anwar
Anwar
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) diberi tempoh sehingga 20 Mac ini bagi memuktamadkan isu harga padi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu harga padi perlu menjadi keutamaan bagi membantu menaik taraf golongan pesawah di negara ini.

"Pesawah mahu hasil padi mereka itu dinilai, maknanya kalau semua tak mahu tanam padi dan tukar (tanaman) lain untuk mendapat pendapatan lebih, negara hadapi risiko keselamatan makanan," katanya ketika berucap pada Program Madani Rakyat (PMR) Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada Ahad.

Anwar berkata, golongan pesawah antara kelompok paling miskin di negara ini meskipun rakyat umumnya mahu harga beras turun dan dikawal.

Justeru, katanya, kerajaan harus mengimbangi tuntutan pesawah dan rakyat agar semua pihak mendapat pembelaan.

"Jika harga beras naik, ia beban kepada pengguna, jika tak naik ia (menjadi) beban kepada pesawah, bagaimana hendak mengimbangi kedua-duanya?" jelas beliau.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pengerusi NACCOL, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

"Cuma apabila bercakap soal dasar hendak tetapkan harga padi itu, kita harus sabar dan ikut proses sebelum kita muktamadkan.

Artikel Berkaitan:

"Saya sendiri sudah bercakap sendiri dengan pengurusan Bernas (Syarikat Padiberas Nasional Berhad) dalam Mesyuarat NACCOL baru-baru ini supaya mencari jalan import beras dan juga pengeluaran tempatan dinaikkan," tambah beliau.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

KPKM, NACCOL diberi tempoh 20 Mac tetap harga padi - Anwar #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Edisi #Anwar #PM #KPKM #NACCOL #Padi #Harga #Pesawah #Makanan #Pertanian

Mission Impossible Theme (Movie Trailer Mix) - Dominik Hauser

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!