Hanya empat peratus pili bomba rosak teruk

JBPM dalam fasa menyelenggara kesemua pili bomba rosak namun beri keutamaan kepada yang mengalami kerosakan teruk. (Gambar kecil: Nor Hisham)
JBPM dalam fasa menyelenggara kesemua pili bomba rosak namun beri keutamaan kepada yang mengalami kerosakan teruk. (Gambar kecil: Nor Hisham)
A
A
A

SEPANG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam proses mengenal pasti pili bomba rosak teruk yang perlu diberi keutamaan untuk diselenggara.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, pada asasnya terdapat empat peratus pili bomba awam di bawah seliaan JBPM yang memerlukan pembaikan.

Menurutnya, pemeriksaan dan pembaikan merupakan perkara berterusan yang akan dilakukan memandangkan JBPM mempunyai peruntukan tahunan daripada Kementerian Kewangan untuk membaiki pili bomba rosak.

“JBPM telah mengenal pasti sebanyak empat peratus daripada 357,000 pili bomba awam di bawah kawal selia bomba mengalami kerosakan major (besar).

“Bagaimanapun, kita akan beri keutamaan untuk membaiki pili bomba yang mengalami kerosakan major terlebih dahulu,” katanya kepada Sinar Harian ketika Majlis Flag Off Program Pendakian Amal Summit Attack Resources (SAR) Ahsana ke Island Peak dan Everest Base Camp bersama Azhan Rani.

Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengarahkan JBPM melakukan operasi besar-besaran serta-merta bagi memeriksa dan memastikan semua pili bomba di negara ini berfungsi dengan baik untuk digunakan ketika kecemasan.

Nor Hisham (dua dari kanan) ketika majlis Perlepasan Bendera Program Pendakian Amal Summit Attack Resources (SAR) Ahsana ke Island Peak dan Everest Base Camp bersama Azhan Rani di KLIA pada Ahad.
Nor Hisham (dua dari kanan) ketika majlis Perlepasan Bendera Program Pendakian Amal Summit Attack Resources (SAR) Ahsana ke Island Peak dan Everest Base Camp bersama Azhan Rani di KLIA pada Ahad.

Pada 19 Februari lalu, JBPM telah mengenal pasti lebih 15,700 daripada 422,472 pili bomba di seluruh negara mengalami kerosakan dan perlu dibaiki berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, Nor Hisham menjelaskan bahawa JBPM turut mempunyai rakan strategik seperti kawasan perbadanan Putrajaya yang akan membantu untuk membaik pulih pili bomba rosak.

“Ada juga keadaan-keadaan tertentu juga, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan bantu kita untuk membuat pembaikan apabila mereka mempunyai projek berkaitan pembesaran jalan atau jalan baharu,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!