Saranan hidupkan semula kerjasama UMNO-Pas melalui MN tidak ikhlas

Ahmad Zahid Foto Bernama
Ahmad Zahid Foto Bernama
A
A
A

CYBERJAYA - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan saranan Pas supaya kerjasama antara kedua-dua parti melalui Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula sebagai tidak ikhlas.

"Kami tidak fikir mereka ikhlas dalam buat tawaran itu kerana yang keluar dari MN bukan UMNO tetapi mereka. Mereka menikam kami dari belakang, mereka lakukan kerenah melebihi daripada apa yang kita setujukan.

"Saya tidak rasa mereka ikhlas dalam buat tawaran itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Penggerak Wanita RISDA (Pewaris) di sini pada Ahad.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, beliau yakin kerjasama antara parti itu dan UMNO masih boleh dihidupkan kembali melalui MN.

Untuk rekod, MN adalah kerjasama yang dibentuk pada 14 September 2019 susulan Himpunan Penyatuan Ummah. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!