Think Quran ‘jalan pintas’ belajar bahasa Arab

Rashidah
Rashidah
A
A
A

SHAH ALAM - Aplikasi pendidikan, Think Quran mampu menjadi ‘jalan pintas’ buat pengguna yang ingin belajar setiap patah perkataan bahasa Arab dalam al-Quran dengan tempoh yang singkat.

Bekas pensyarah, Rashidah Ismail berkata, beliau pernah mengikuti kelas bahasa Arab dan harfiah dalam al-Quran, bagaimanapun setelah diperkenalkan aplikasi Think Quran, ia selari dengan ilmu yang dipraktikkannya selama ini.

“Saya nampak memang Think Quran ini ‘jalan pintas’ sebab kalau nak faham al-Quran, kita disuruh belajar bahasa Arab dahulu.

“Walaupun saya dah bersara, tidak dinafikan agak sibuk juga. Tetapi, saya akan habiskan masa selama 15 minit setiap kali selepas Isyak untuk guna Think Quran ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di ibu pejabat Think Osem Sdn Bhd yang membangunkan aplikasi itu di sini baru-baru ini.

Tambah Rashidah, setakat ini, beliau sudah mengenal dan mengingati hampir 65 peratus perkataan Arab daripada keseluruhan naskhah al-Quran dalam tempoh tiga bulan sahaja.

Bagaimanapun katanya, bahasa Arab perlu dilatih dan diamalkan secara kerap supaya setiap perkataan tersemat dalam ingatan.

“Apabila banyak sangat perkataan yang kita belajar kadangkala boleh terlupa juga. Kalau ikut saranan Think Quran, kita lihat, dengar, baca dan faham maka tak ambil masa lama untuk memantapkan bahasa Arab.

“Bahagian yang paling disukai adalah latih tubi sebab nak uji sejauh mana saya hafal dan di mana terletaknya perkataan itu,” ujar Rashidah.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Rashidah yang berusia 61 tahun itu menyatakan rutin harian dan masanya ketika ini dapat diisi dengan penuh bermakna dan bermanfaat.

“Solat juga lebih khusyuk sebab kita faham maksud dan masa saya tidak dihabiskan dengan perkara melalaikan,” ulas beliau.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!