Tapak pelupusan sampah Lubok Jong terbakar
PASIR MAS - Tapak pelupusan sampah seluas 0.2 hektar di Lubok Jong di sini terbakar sekitar jam 9.40 malam.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Adnan Mohd Juri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 9.44 malam.
"Seramai 12 anggota termasuk pegawai telah ke lokasi untuk kerja-kerja memadamkan kebakaran," katanya.
Menurut beliau, sejurus tiba pihaknya mendapati kebakaran tersebut sedang berlaku.
Ujarnya, pihak Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) telah membuat parit bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.
Adnan memberitahu, pihaknya telah memohon bantuan unit dron pada jam 7.23 pagi untuk ke lokasi.
Tambah beliau, pihak bomba ketika ini sedang berusaha memadamkan kebakaran tersebut.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!